PROGRAM STEM & KEUSAHAWANAN

Program STEM dan Keusahawanan diadakan bagi menambah pengetahuan murid serta memberikan murid pengalaman secara nyata dalam menghadapi dunia luar.

MINGGU BAHASA

Minggu Bahasa iaitu Minggu Bahasa Melayu, Inggeris dan Bahasa Arab. Pada minggu ni pelbagai aktiviti dilakukan dan dipertandingkan, antaranya adalah pertandingan Choral Speaking dan Kalam Jamaie.

PERKHEMAHAN TAHUNAN

Perkhemahan Tahunan pada setiap tahun diadakan bagi mendedahkan potensi diri pelajar dan memupuk sikap toleransi, ketahanan fizikal dan mencungkil bakat kepimpinan dalam setiap pelajar.

SUKAN INTEGRASI PUTATAN (SUKIP)

Setiap tahun sekolah akan mengadakan Kejohanan Olahraga bagi memupuk semangat kesukanan dan mengamalkan kehidupan yang sihat. Kesukanan ini diadakan bagi melihat potensi sukan dalam kalangan murid.

NUZUL QURAN

Peristiwa Nuzul Quran adalah peristiwa yang penting dalam sejarah Islam. Bagi mendalami peristiwa ini, Tadabbur Quran dan mengetahui sejarah Nuzul Quran adalah wajib. ianya adalah untuk menambah kesedaran dan kecintaan murid terhadap Kitab Suci Al-Quran.

KEM BESTARI SOLAT

Kem Bestari Solat diadakan setiap tahun bagi memperkukuh rukun dalam solat serta memperbaiki amalan yang sedia ada.

PROGRAM KEMERDEKAAN

Setiap tahun sekolah akan mengadakan Bulan Kemerdekaan bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara. Bulan ini adalah bulan perpaduan bagi menghormati semua pelajar dalam kalangan bangsa yang berbeza.