Bilakah pengambilan murid Tahun 1 bagi sesi 2027 dibuka?
Pengambilan murid Tahun 1 bagi sesi 2027 akan dibuka pada Oktober 2026. Permohonan adalah terbuka kepada kanak-kanak yang berumur 7 tahun pada tahun 2027 (lahir pada tahun 2020).
Semua calon perlu menduduki Ujian Kelayakan Tahun Satu (UKTS) pada tarikh yang akan diselaraskan dan dimaklumkan oleh JHEAINS.
Nota: Pengambilan adalah terhad kepada 35 orang murid sahaja (1 kelas). Oleh itu, ibu bapa atau penjaga disarankan untuk membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.
Adakah sekolah membuka peluang sebagai Guru Ganti Harian?
Ya. Individu yang berminat untuk berkhidmat sebagai Guru Ganti Harian boleh menghantar resume terkini ke alamat e-mel: sanintegrasiputatan24@gmail.com.
Semua resume akan disimpan dalam rekod pihak sekolah. Sekiranya terdapat kekosongan atau keperluan perkhidmatan, pihak sekolah akan menghubungi calon yang bersesuaian berdasarkan maklumat yang dikemukakan dalam resume.
Adakah pengambilan murid Tahun 2 hingga Tahun 6 sesi 2027 dibuka
Pengambilan murid Tahun 2 hingga Tahun 6 bagi sesi 2027 adalah tertakluk kepada kekosongan tempat dan permohonan rasmi perlu dibuat melalui surat permohonan kepada JHEAINS.
Sekiranya terdapat kekosongan, calon akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Tertutup (UKT) pada tarikh yang akan dinyatakan dalam surat tawaran menduduki ujian tersebut.
Namun, sekiranya tiada kekosongan, maka tiada Ujian Kelayakan (UKT) akan dilaksanakan dan tiada pengambilan dibuat bagi tahun tersebut.
Calon yang berjaya dalam UKT sahaja akan menerima surat tawaran kemasukan/pendaftaran ke sekolah bagi sesi 2027.
Adakah Dewan Terbuka sekolah boleh disewa untuk kegunaan luar?
Ya, Sewaan Fasiliti Dewan Terbuka dibuka untuk tujuan tertentu dengan syarat berikut:
Permohonan awal hendaklah dikemukakan kepada Puan Guru Besar sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh penggunaan.
Pihak sekolah akan mengeluarkan surat maklum balas rasmi selepas permohonan diterima dan diproses.
Kebenaran penggunaan adalah tertakluk kepada syarat bahawa ia tidak bertindih atau bercanggah dengan sebarang aktiviti rasmi sekolah. Sekiranya diluluskan, kadar sewaan akan ditetapkan mengikut jam berdasarkan persetujuan antara pihak sekolah dan penyewa.
Sewaan hanya dibuka pada hari Sabtu, Ahad dan cuti sekolah sahaja.
Bagaimanakah sidang persekolahan harian dijalankan?
Murid perlu hadir ke sekolah sebelum jam 6.50 pagi. Jadual sidang persekolahan adalah seperti berikut:
6.50 pagi – Solat Dhuha
7.00 pagi – 9.00 pagi – Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPC)
9.00 pagi – 9.30 pagi – Rehat
9.30 pagi – 12.00 tengah hari – Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPC)
12.00 tengah hari – 1.30 petang – Qailulah / Solat Zohor / Rehat
1.30 petang – 3.30 petang – Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPC)
3.30 petang – 4.00 petang – Solat Asar
4.00 petang – Murid bersurai / pulang
Susunan waktu ini bertujuan memastikan keseimbangan antara akademik, ibadah, rehat dan pembentukan sahsiah murid.