PERUTUSAN GURU BESAR

Pendahuluan
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera, dan Salam Sehati Sejiwa. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita dapat terus melangkah memulakan sesi persekolahan ini dengan azam dan iltizam yang baharu. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga sekolah atas komitmen berterusan dalam memartabatkan kecemerlangan pendidikan di sekolah ini.
Fokus dan Hala Tuju
Pendidikan ialah wadah utama dalam membentuk modal insan yang holistik. Fokus utama kita bukan sahaja acuan kecemerlangan akademik dan kokurikulum, malah pembentukan sahsiah serta disiplin murid yang tinggi. Kita mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja bijak, tetapi juga mempunyai nilai sivik, berakhlak mulia, dan mampu berdaya saing pada peringkat global.
Sinergi Bersama
Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa usaha gigih para guru yang menjadi pemacu transformasi pendidikan di bilik darjah. Pada masa yang sama, sokongan padu daripada ibu bapa, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta komuniti setempat merupakan tonggak kekuatan kita. Hubungan muafakat yang erat ini adalah kunci utama dalam memastikan persekitaran sekolah kekal kondusif, selamat, dan ceria untuk anak-anak kita belajar.
Penutup
Akhir kata, mari kita bergandand bahu, menggembleng tenaga, dan merapatkan barisan demi masa depan anak-anak kita. Semoga usaha murni kita diberkati dan sekolah ini terus maju ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.
Sekian, terima kasih.

Mazuin Binti Mustapa

Guru Besar SAN Integrasi Putatan